Create your own web pages in minutes...
Copyright © smkjj.com 2009. All Rights Reserved.
A. BENTUK KESELURUHAN
Bentuk dua huruf `J’ yang digabungkan dalam rekabentuk lima dimensi dalam satu bulatan.
Bahagian atas mengandungi perkataan nama sekolah SMK Jelapang Jaya, Ipoh.
Ditengah dimensi ada jaring berwarna hitam
Di ruang dasar lima dimensi tercatat perkataan `Kualiti Teras Kecemerlangan’
B. BENTUK DASAR
Bentuk dua huruf `J’ - Jelapang Jaya
Lima Dimensi - Melambangkan Rukun Islam teras keimanan danRukun Negara teras ketaatan kepada Tuhan dan Kedaulatan Negara.
Bulatan - Melambangkan pendidikan yang menyeluruh diberikan dalam persekitaran yang penuh kasih sayang dan kerjasama yang erat.
Jaringan - Melambangkan hubungan yang erat di antara sekolah, ibu komuniti dan dunia melalui konsep rakan kongsi bestari (smart-partnership)
Bentuk 5 dimensi di bahagian atas menunjukkan hala tuju sekolah ke arah Kecemerlangan.
Bentuk 3 segi terbuka di bahagian tengah menunjukkan sekolah ini terdiri dari tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
C. SKIM WARNA
Putih - Melambangkan kesucian dan keikhlasan untuk mendapatkan ilmu dan berkhidmat kepada masyarakat.
Biru - Melambangkan ketaatan dan kesetiaan kepada guru, ibu bapa dan masyarakat.
Kuning - Melambangkan usaha menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran Negara.
Merah - Melambangkan keberanian mendapatkan sebanyak yang mungkin dan melaksanakan tugas walaupun menghadapi banyak cabaran.