Create your own web pages in minutes...
Copyright © smkjj.com 2009. All Rights Reserved.
Aspek-aspek yang dinilai:
Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertainya adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:
a. Kehadiran
b. Pencapaian
c. Penglibatan
d. Jawatan disandang
Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti
berikut:
PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Markah aspek kehadiran ialah markah yang tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukkan masa 2 jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.
Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali, kelab/persatuan 12 kali dan sukan/permainan 12 kali perjumpaan setahun.
Markah aspek pencapaian ialah 20%. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama