P R O F I L S E K O L A H
Create your own web pages in minutes...
: Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya
: Jelapang, 30020, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
: AEA 2056
: 05-5282149
: 05-5282148
: aea2056@yahoo.com / aea2056@ppdkinta.my
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
Falsafah Sekolah
SMK Jelapang Jaya, Ipoh berusaha berterusan untuk memberikan setiap murid di sekolah ini peluang mendapatkan pendidikan yang berkualiti serta memberikan kemahiran terkini dalam perkembangan teknologi maklumat komunikasi. Dengan wujudnya tanggungjawab bersama antara guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan komuniti sekolah ini komited mewujudkan suasana pempelajaran yang kondusif dalam mencapai kecekapan dalam kemahiran asas seperti kemahiran penyelesaian masalah, bekerja dalam satu pasukan, imej diri yang positif, menjadi warganegara yang berguna, memahami tanggungjawab sosial, mempunyai pandangan hidup yang global dan mempunyai motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan dapat menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan kemakmuran negara
Visi Sekolah
Melahirkan warga negara yang beriman, inovatif dan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara.
Misi Sekolah
1.Melahirkan modal insan yang berilmu, berdaya saing dan mempunyai jati diri
2.Memastikan penyertaan yang menyeluruh serta meningkatkan pencapaian dalam kokurikulum
3.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, mempunyai semangat perpaduan dengan menjadikan nilai-nilai murni dan ketaqwaan kepada Tuhan sebagai asas kecemerlangan diri
4.Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan mendidik pelajar dalam persekitaran yang penuh kasih sayang
5.Memantapkan perkongsian pintar antara sekolah dengan masyarakat dan agensi luar
Copyright © smkjj.com 2009. All Rights Reserved.